KEPENTINGAN CCTV DALAM MENCEGAH JENAYAH
Kejadian jenayah yang agak tinggi kebelakangan ini amat menggusarkan kita di Malaysia.Banyak kerugian terpaksa di tanggung akibat daripada kejadian tersebut.Pemasangan CCTV amat penting untuk mencegah kejadian tersebut daripada berleluasa.Berikut adalah senarai kepentingan pemasangan CCTV samada di rumah , pejabat , sekolah ataupun sebagainya.
-Pengawasan 24 jam terhadap tempat yang telah dipasang CCTV
-Memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah melalui rakaman CCTV.
-Satu langkah mencegah kegiatan jenayah daripada berlaku.
-Dapat mengurangkan kerugian jika berlaku sesuatu jenayah
-Pengawasan terhadap premis yang di pasang CCTV dapat dilakukan secara online.
-Pelaburan jangka panjang yang dapat menjaga harta benda kita daripada dicuri,dirosakkan
ataupun pelbagai aktiviti kurang sihat.
-Mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingni daripada berlaku akibat pengawasan
yang berterusan melalui CCTV.
-Melindungi individu yang berada di dalam premis daripada mengalami gangguan
ataupun ancaman daripada penjenayah akibat amaran awal daripada CCTV
-Mengurangkan kos menggajikan pengawal keselamatan dalam pengawasan
sesuatu tempat ataupun premis.
-Memudahkan pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian jenayah akibat
daripada amaran daripada CCTV melalui monitor yang sedia ada.
-Mengurangkan risiko berlaku jenayah dengan adanya CCTV yang jelas di pasang
di premis ataupun tempat tersebut.
-Satu kaedah yang digunakan bagi membuktikan kesalahan jenayah.Ia secara
langsung memudahkan pihak berkuasa melaksanakan dakwaan terhadap penjenayah.
Ia adalah salah satu langkah yang dapat mengurang jenayah,terlalu bergantung kepada pihak polis dapat dikurangkan.Sebaliknya kita membantu bersama pihak berkuasa membentras dan mengurangkan jenayah daripada menjadi satu budaya baru pada masyarakat kita yang mempunyai pelbagai alasan kerana melakukan jenayah
Kredit Untuk :mdzaki hussein
No comments:
Post a Comment